Site icon TechNave BM

OPPO Find X3 Pro mungkin akan dilengkapi kamera “mikroskop”

Telefon pintar andalan (flagship) OPPO yang seterusnya, OPPO Find X3 Pro, mungkin akan dilengkapi modul kamera yang agak unik iaitu kamera makro mikroskop. Maklumat ini diperoleh oleh pemberita telefon pintar terkenal Evan Blass dalam laman web Voice.

Menurutnya, OPPO Find X3 Pro akan dilengkapi empat kamera iaitu kamera 50MP dengan sensor Sony IMX766, kamera ultra-lebar, kamera telefoto 13MP yang boleh zum optikal sehingga 2x dan kamera makro 3MP yang digelar ‘mikroskop’ kerana ia mampu zum sehingga 25x serta kehadiran cincin cahaya di sekeliling lensanya.

Selain daripada kamera yang agak unik, Find X3 Pro akan dilengkapi spesifikasi andalan yang boleh dijangkakan seperti cipset Snapdragon 888, skrin 6.7 inci dengan resolusi 1440×3216, kadar segar semula 120Hz, warna 10-bit DCI-P3, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0.

Adakah anda berminat dengan kamera makro mikroskop dalam Find X3 Pro? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Voice

Exit mobile version