Site icon TechNave BM

OPPO Find X3 Pro Photographer Edition akan dilancar pada 16 September 2021

OPPO bakal menganjurkan acara pelancaran khas pada hari Khamis, 16 September 2021 di mana mereka bakal memperkenalkan beberapa produk baru seperti OPPO Find X3 Pro Photography Edition dan sistem operasi ColorOS 12.

Dalam sebuah kenyataan di Weibo, OPPO mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan varian istimewa untuk telefon andalan Find X3 Pro pada hari tersebut. Semalam, kami telah pun melaporkan tentang Find X3 Pro baharu yang mempunyai rekaan dwi-tekstur di belakangnya, terdiri daripada material kulit (leather) dan besi.

Telefon tersebut telah dibina dengan kerjasama syarikat kamera Kodak dan rekaan dwi-tekstur itu menyerupai kamera vintaj lama yang pernah dihasilkan oleh Kodak. Daripada segi spesifikasi, Find X3 Pro Photographer Edition dijangka tidak mempunyai banyak perbezaan dengan Find X3 Pro asal.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon edisi khas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version