Site icon TechNave BM

OPPO Find X3 versi global dengan Snapdragon 888 dikesan di Geekbench

Pada awal minggu ini, sebuah telefon OPPO dengan nombor model PEEM00 telah muncul di penanda aras Antutu dengan markah setinggi 770,000. Ia dikhabarkan merujuk kepada OPPO Find X3. Nombor model PEEM00 ini dikatakan adalah untuk pasaran China.

Terbaru, sebuah lagi telefon OPPO dengan nombor model CPH2173 telah dikesan di penanda aras Geekbench 5. Penyenaraian tersebut menunjukkan bahawa ia hadir dengan spesifikasi andalan. OPPO sebelum ini telah menggunakan nombor model CPHXXXX untuk telefon versi globalnya. Jadi, ia berkemungkinan besar telefon CPH2173 ini adalah versi global untuk OPPO Find X3 atau X3 Pro.

Sama seperti sebelum ini, cipset ‘Lahaina’ di dalam penanda aras GeekBench ini merujuk kepada cipset andalan Snapdragon 888. Penyenaraian ini juga menunjukkan bahawa ia dilengkapi perisian Android 11 dan mempunyai RAM setinggi 12GB.

Lihat artikel sebelum ini untuk berita mengenai telefon OPPO Find X3 dan Find X3 Pro.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti OPPO Find X3 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version