Site icon TechNave BM

OPPO Find X4 mungkin dilengkapi Snapdragon 8 Gen 1, dilancar pada suku pertama 2022

Siri Xiaomi 12 merupakan antara telefon pertama yang akan menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 1 terbaharu. Kini, OPPO juga telah mengesahkan bahawa telefon andalan mereka akan menampilkan bersama Snapdragon 8 Gen 1 pada suku pertama 2022.

OPPO tidak memberi sebarang maklumat mengenai telefon andalan yang akan digunakan. Berkemungkinan besar ia adalah siri OPPO Find X4 sebagai kesinambungan daripada siri Find X3. OPPO Find X4 boleh mengambil kesempatan ini untuk mendedahkan prestasi telefon andalannya dari segi permainan mudah alih, AI, kamera, 5G dan lain-lain. 

Sebelum ini, OPPO meningkatkan fungsi penglihatan warna bagi mereka yang mengalami masalah kejelasan warna dalam siri Find X3 dengan cipset SD 888 5G. Kami pasti OPPO akan terus bekerjasama dengan Qualcomm Technologies untuk membangunkan lebih banyak cipset Snapdragon ke dalam peranti kelas pertengahan dan meluaskan peranti 5G secara global.

Selain OPPO, terdapat jenama-jenama lain seperti HONOR, iQOO, Motorola, realme, Xiaomi dan banyak lagi yang bakal menggunakan Snapdragon 8 Gen 1 menjelang akhir tahun 2021. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: OPPO

Exit mobile version