Site icon TechNave BM

OPPO Find X5 Lite dilancar: Dimensity 900, RAM 8GB, storan 256GB dan kamera 64MP berharga ~RM2,260

Selain daripada pelancaran OPPO Find X5 dan Find X5 Pro, OPPO juga melancarkan OPPO Find X5 Lite. Model Lite pada asasnya mempunyai dimensi yang sama seperti X5 tetapi skrinnya lebih kecil iaitu 6.43 inci.

Ia mempunyai resolusi 1,080 x 2,400 px dan sokongan HDR10+ dengan kadar penyegaran hanya 90 Hz, liputan DCI-P3 76% dan kadar pensampelan sentuhan sehingga 180 Hz. Skrinnya dilindungi oleh Gorilla Glass 5 tetapi tiada penarafan IP untuk kalis habuk atau air.

Telefon ini dikuasakan oleh cipset Dimensity 900, RAM LPDDR4X 8GB pada 2,133 dan storan 256GB UFS 2.2 (2 lanes HS-Gear3). Model ini mempunyai slot microSD untuk pengembangan storan, bicu fon kepala 3.5mm, beroperasi mengggunakan ColorOS 12.1 berdasarkan Android 12 dan terdapat ciri Pengembangan RAM yang boleh menambah 5GB RAM maya.

Bahagian belakang Find X5 Lite mempunyai kamera utama 64 MP + ultra lebar 8MP (119°) dan makro 2MP. Kamera swafoto mempunyai sensor 32 MP dan lensa dengan 85° FoV. Rakaman video dengan kamera utama boleh mencapai resolusi 4K@30fps.

Baterinya berkapasiti 4,500 mAh dengan pengecasan 65W. Pengecasan penuh mengambil masa 31 minit, tetapi OPPO mengatakan bahawa pengecasan 5 minit boleh bertahan untuk 2 jam sesi gaming. OPPO Find X5 Lite akan tersedia tidak lama lagi pada harga €480 (~RM2,260).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version