Site icon TechNave BM

OPPO Find X5 Pro 5G dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 1, cip pengimejan MariSilicon X bermula RM4,999

Pada hari ini, OPPO Malaysia telah melancarkan telefon pintar andalan terbaharu iaitu OPPO Find X5 Pro 5G yang menampilkan pelbagai spesifikasi tercanggih, termasuklah cip neural processing unit (NPU) baharu MariSilicon X yang bertujuan untuk hasilkan gambar lebih cantik.

Ciri utama pada telefon OPPO Find X5 Pro ini adalah cip pengimejan MariSilicon X, di mana ia membenarkan pengguna untuk merakam video 4K Ultra Night Video yang jelas dan tidak mempunyai banyak noise. Cip ini juga digabungkan bersama sensor kamera utama Sony IMX766 50MP 1/1.56 inci bagi menghasilkan gambar yang lebih cantik dalam suasana malam.

Kamera telefon ini mempunyai penstabilan imej optikal (OIS) lima paksi untuk rakaman video yang lebih stabil. Untuk penghasilan warna yang lebih semula jadi dalam gambar, OPPO juga menawarkan fungsi Hasselblad Natural Colour Calibration dan Creative Style Filters dalam mod Pro agar pengguna boleh melaraskan warna gambar mengikut kegemaran mereka.

Selain daripada kamera unik, badan Find X5 Pro pula dibuat daripada seramik untuk binaan yang lebih premium dan ia ditawarkan dalam dua warna iaitu putih Ceramic White serta hitam Glaze Black.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO Find X5 Pro 5G:

Pra-tempahan untuk OPPO Find X5 Pro 5G akan dibuka di Malaysia sehingga 27 Mei 2022, di mana pelanggan boleh menerima hadiah bernilai RM1,397 termasuklah fon telinga wayarles OPPO Enco X2 (RM799), perlindungan skrin selama setahun (RM399), jaminan lanjutan setahun (RM199) dan banyak lagi. Layari laman web OPPO untuk mengetahui kedai-kedai yang mengambil bahagian dalam promosi pra-tempahan ini.

Jika para pelanggan membeli daripada laman web OPPO Malaysia, Shopee atau Lazada, mereka akan menerima sarung telefon Kevlar, tambah nilai Touch n Go bernilai RM100 dan baucar hadiah RM100, di samping hadiah-hadiah yang dinyatakan dalam perenggan di atas.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon andalan OPPO terbaru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version