Tidak lama lagi, OPPO akan melancarkan siri OPPO Find X6 di mana Find X6 akan memiliki lensa telefoto periskopik yang merupakan ciri yang jarang berlaku untuk versi standard.
Terdapat laporan sebelum ini mengatakan bahawa varian Pro siri ini akan membawa Sony IMX989, sensor 1 inci dengan lensa 7P dan OIS. Diikuti dengan lensa ultra lebar menempatkan sensor Sony IMX890 manakala yang ketiga dijangka membawa Sony IMX890 dengan zum optik 2.7x dan OIS.
Kini, gambar prototaip OPPO Find X6 menunjukkan modul kamera empat segi besar di bahagian belakang yang mengambil hampir separuh ruang peranti. Ketebalan peranti dijangka 9.2mm tetapi reka bentuk di atas mungkin bukan penampilan terakhir telefon.
Sistem kamera termasuk kamera swafoto 32MP dan tri-kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP, lensa sudut lebar 50MP dan lensa telefoto periskop 50MP. Telefon ini juga dijangka menampilkan cip MariSilicon X yang dibangunkan sendiri dan teknologi pengimejan mudah alih Hasselblad.
Find X6 dijangka dikuasakan oleh cipset Dimensity 9200 dan Snapdragon 8+ Gen1 dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan pengecasan pantas tanpa wayar 50W.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Sparrows News

