Site icon TechNave BM

OPPO Find X9 akan dilancar pada 16 Oktober 2025

Nampaknya semakin banyak jenama telefon pintar seperti OnePlus, iQOO, Xiaomi dan vivo akan melancarkan telefon pintar andalan (flagship) generasi baharu pada bulan ini. Terbaru, OPPO pula mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon andalan OPPO Find X9 pada hari Khamis, 16 Oktober 2025 jam 7:00 malam di China.

OPPO juga berkongsi reka bentuk telefon itu dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Weibo. Ia bakal ditawarkan dalam warna merah jambu atau kelabu.

Menariknya, ia mempunyai bonggol kamera berbentuk petak yang jauh berbeza berbanding bentuk bulat pada OPPO Find X8 sebelum ini. Selain itu, rekaan Find X9 nampak amat serupa dengan OnePlus 15.

Pada bonggol kameranya, terdapat sebuah logo Hasselblad yang menjelaskan kolaborasi Hasselblad dengan OPPO untuk menghasilkan teknologi kamera dalam Find X9.

Buat masa ini, spesifikasi yang disahkan untuk Find X9 termasuklah cipset MediaTek Dimensity 9500, kamera telefoto 200MP dan sistem operasi Android 16 berdasarkan ColorOS 16.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Find X9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version