OPPO akan menganjurkan kejohanan OPPO Hyper Legend Cup x Mobile Legends: Bang Bang Campus Series di 1 Utama Shopping Centre dari 16 hingga 19 April 2026. Kejohanan ini menawarkan hadiah terkumpul USD100,000 (~RM470,000) yang meningkat hampir dua kali ganda berbanding USD52,000 pada edisi lalu.
Ia merupakan antara hadiah terkumpul terbesar bagi kejohanan MLBB peringkat kampus yang dianjurkan. Sebanyak lebih 1,400 penyertaan direkodkan melibatkan empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura melalui pusingan kelayakan nasional. Lapan pasukan universiti akan bertanding di peringkat akhir dengan setiap negara diwakili dua pasukan:
- Filipina: NU Bulldogs, FAITH Colleges Bravehearts
- Indonesia: Little Pikaa, Semangka
- Singapura: TKP, Clarity Gaming
- Malaysia: KPTM x Velocity, UiTM x Velocity
Pasukan Malaysia hadir sebagai tuan rumah selepas memenangi kejohanan peringkat tempatan termasuk KPTM x Velocity sebagai juara dan UiTM x Velocity sebagai pemenang kejohanan Moonton Student Leaders. Sepanjang kejohanan, siri OPPO Reno15 digunakan sebagai peranti rasmi yang menyokong paparan 120FPS, sistem penyejukan VC, bateri 6,500mAh, pengecasan 80W dan teknologi AI LinkBoost 3.0 untuk kestabilan rangkaian.
Acara akhir turut menampilkan kehadiran pemain profesional tempatan seperti Soloz dan Feekz selain aktiviti sampingan termasuk sesi bertemu peminat dan pemberian barangan eksklusif. Kejohanan ini menghimpunkan juara kampus serantau dalam satu pentas dan dijangka menarik kehadiran komuniti e-sukan tempatan sepanjang empat hari penganjuran.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk datang memberikan sokongan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

