Site icon TechNave BM

OPPO Inno Day 2021 diadakan pada 14 Disember ini, telefon andalan baharu bakal diumumkan

Setiap tahun OPPO menganjurkan acara untuk mempersembahkan inovasi dan teknologi terkininya. Kini, telah tiba masanya syarikat itu untuk menganjurkannya buat tahun 2021. OPPO mengumumkan akan melangsungkan acara tersebut pada 14-15 Disember di Shenzhen manakala peserta dari seluruh dunia dijemput untuk menyertainya.

Ia adalah acara alam maya yang pertama daripada OPPO. OPPO dengan bangganya mengatakan bahawa acara maya ini akan menjadi salah satu acara pelancaran dalam talian yang paling interaktif dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Tradisi untuk OPPO Inno Day bermula pada 2019 di mana mereka melancarkan cermin mata AR, 5G CPE dan jam tangan pintar dengan kebanyakan peranti yang ditunjukkan dalam acara tersebut sudah dihasilkan dan dijual dalam pasaran.

Tahun lepas, OPPO memperkenalkan telefon pintar konsep boleh gulung dan tahun ini kami akan mengadakan dua acara iaitu pelancaran produk inovatif pada 14 Disember dan pelancaran telefon andalan baharu pada 15 Disember. OPPO Inno World akan menjadi pentas maya untuk acara itu dan pelawat akan dapat melawat setiap sudut dewan pameran tersebut.

Mereka juga boleh mencipta avatar unik dan menjemput satu sama lain untuk mencari telur Easter yang bertaburan di dunia maya. Pendaftaran telah pun dibuka dan semua orang boleh menyertai.

Adakah anda bakal menyertai acara ini? Beritahu jawapan anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version