Site icon TechNave BM

OPPO Inno Day 2021: Pamerkan prototaip lensa kamera yang canggih

Hari pertama acara Inno Day OPPO menunjukkan beberapa perkembangan penting dengan Air Glass aR baharu dan MariSilicon X NPU. Selain itu, OPPO turut mempamerkan peranti prototaip kamera belakang yang boleh bergerak dengan menggunakan sensor Sony IMX766 1/1.56 inci 50MP dalam telefon setebal 8.26mm.

Jika dilihat pada penggunaan sensor bergerak, ia hadir dengan sensor andalan zum optik 2x 50mm yang menangkap butiran terperinci berbanding modul telefoto biasa. Terdapat juga tangkapan potret yang menawarkan penampilan semula jadi dan lebih jelas.

Ia juga mempunyai nisbah isyarat-ke-bunyi (signal-to-noise) daripada tangkapan zumnya terutamanya pada waktu malam. Keseluruhan alat dan bit bergerak yang digunakan adalah kalis percikan air dan habuk serta mampu masuk semula secara automatik dalam 0.6 saat jika terjatuh. 

OPPO mempunyai rancangan untuk membawa teknologi ini ke peranti akan datang dan kami masih menunggu jenis dan maklumat peranti tersebut. Komen Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version