Site icon TechNave BM

OPPO INNO DAY 2022 pada 14 Disember, mungkin lancarkan telefon lipat Find N2 dan Find N2 Flip

Hari ini, OPPO telah memaklumkan kepada kami bahawa acara teknologi tahunan keempatnya, INNO DAY 2022 akan berlangsung dalam bentuk maya pada 14 Disember ini. Ia bertemakan “Reimaging the Future” di mana ada kemungkinan peranti OPPO Find N2 dan Find N2 Flip akan dilancarkan pada acara tersebut. 

Siaran akhbar yang mendedahkan butiran mengenai acara ini menyebut bahawa acara kali ini akan menunjukkan beberapa teknologi termaju baharu dibangunkan di bawah Empat Inisiatif Pintar OPPO untuk hiburan pintar, produktiviti pintar, kesihatan pintar dan pembelajaran pintar. 

OPPO INNO DAY 2022 akan disiarkan di laman web rasmi syarikat bermula pada 4 petang, 14 Disember nanti. Bagoi mereka yang tidak tahu, INNO DAY merupakan acara yang menunjukkan dan meneroka teknologi baru serta menyerlahkan pencapaian syarikat sepanjang tahun lalu. 

Buat kali pertamanya ia diadakan pada tahun 2019 di mana OPPO Watch yang asal telah diperkenalkan, kemudian pada tahun 2020 kami melihat konsep telefon boleh lipat dan pada tahun 2021 MariSilicon X NPU telah diperkenalkan bersama OPPO Find N

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version