Jika anda memiliki telefon pintar OPPO Find X2, Find X2 Pro, Reno3 atau Reno3 Pro, OPPO mempunyai berita menarik untuk anda. Jenama telefon pintar itu ingin menjemput anda untuk menjadi penguji bagi ColorOS seterusnya dalam versi Beta.
Anda boleh berdaftar untuk menjadi penguji bermula Isnin, 7 September jam 12:00 tengah hari waktu Malaysia. Walaupun OPPO tidak menjelaskan versi ColorOS yang ingin diuji, besar kemungkinan ia adalah ColorOS 8 yang berdasarkan Android 11.
Ini juga bermaksud sistem operasi tersebut akan dilancarkan tidak lama lagi. Sebagai rujukan, ColorOS 7 telah dilancarkan pada 26 November 2019. Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk menyertai ujian ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: ColorOS

