Site icon TechNave BM

OPPO K7 5G dilancarkan: Snapdragon 765G, skrin AMOLED, kamera quad 48MP berharga ~RM1,207

Terkini, OPPO telah melancarkan salah satu peranti kelas pertengahan 5G di pasaran China, OPPO K7 5G. Peranti ini ditawarkan dengan harga bermula pada 1999 Yuan (~RM1,207) di China dengan beberapa spesifikasi yang menarik.

Antara spesifikasi menarik pada peranti kelas pertengahan ini adalah skrin AMOLED 6.5 inci dan varian RAM dan storan yang tinggi. Kebanyakan spesifikasi OPPO K7 5G mungkin dilihat seakan sama seperti peranti lain, namun ciri teknologi dan spesifikasi yang ada adalah seimbang dengan keperluan pengguna. Semak spesifikasi asas OPPO K7 5G di bawah.

Untuk pengetahuan anda, OPPO K7 5G bakal tersedia dijual di pasaran China pada 11 Ogos ini. Ia bakal dijual dengan permulaan harga 1999 Yuan (~RM1,207) untuk varian 8GB+128GB dan harga 2299 Yuan (~RM1,388) untuk varian 8GB+256GB.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan pelancaran OPPO K7 5G di pasaran Malaysia. Namun, adakah anda akan membelinya jika ia hadir di pasaran Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version