Site icon TechNave BM

OPPO K7x bakal dilancar 4 November ini, peranti pertengahan dengan bateri besar

Terkini, OPPO telah mengesahkan bahawa OPPO K7x akan dilancar pada 4 November 2020 di pasaran China. OPPO K7x diramalkan sebagai peranti kelas pertengahan yang bakal hadir dengan bateri besar.

Pengesahan ini adalah daripada siaran OPPO di laman carian China, Weibo. OPPO telah memuat naik sebuah poster yang memaparkan acahan OPPO K7x. Melalui siaran tersebut, spesifikasi yang dilihat adalah sokongan 5G dan paparan slogan ‘kuasa yang besar’. Slogan tersebut dijangka merujuk kepada kapasiti bateri yang besar. Memandangkan rata-rata kapasiti bateri pada telefon OPPO adalah 4000mAh ke atas, mungkin OPPO K7x memiliki kapasiti bateri mencecah 5000mAh atau 6000mAh.

Jika dilihat pada poster, OPPO K7x memiliki rekaan kamera yang memanjang. Sumber meramalkan ia adalah sebuah peranti pertengahan berdasarkan namanya. Oleh itu, OPPO K7x mungkin dijana cipset kelas pertengahan seperti siri Snapdragon 700 atau siri MediaTek Dimensity 700/800.

Memandangkan ia akan dilancar pada 4 November ini, mungkin kita boleh melihat spesifikasi yang lebih jelas kelak.

Adakah OPPO K7x bakal memasuki pasaran Malaysia? Beritahu pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita menarik mengenai OPPO disini!

Sumber: IT Home

Exit mobile version