Site icon TechNave BM

OPPO K9 akan dilancar pada 6 Mei, dilengkapi cas pantas 65W, Snapdragon 768G

OPPO telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar OPPO K9 pada hari Khamis, 6 Mei di China. Mereka telah pun berkongsi sebuah poster yang menunjukkan rekaan telefon itu serta susunan kameranya yang terdiri daripada tiga lensa.

Syarikat teknologi itu sudah pun mengesahkan bahawa OPPO K9 akan dilengkapi pengecasan pantas 65W di mana pengecasan selama lima minit adalah cukup untuk penggunaan selama dua jam. Ia bakal menjadi pengganti kepada OPPO K7 yang dilancarkan pada tahun lepas.

Tiada spesifikasi lanjut diberikan oleh OPPO untuk telefon ini, namun ia dikhabarkan telah mendapat pengiktirafan Telecommunications Equipment Network Acceptance Agency (TENAA) di China dengan nombor model PEXM00. Menurut pengiktirafan tersebut, ia dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.43 dengan resolusi inci Full HD+ dan dua bateri 2,100mAh.

Sementara itu, ujian penanda aras Geekbench pula menunjukkan ia mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 768G, RAM 8GB dan ColorOS 11.

OPPO K9 (PEXM00) dalam TENAA
OPPO K9 (PEXM00) dalam Geekbench

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MySmartPrice

Exit mobile version