Site icon TechNave BM

OPPO K9 Pro bakal dilancar: Imej rasmi muncul, miliki kamera 64MP

Bulan lalu, OPPO K9 Pro telah muncul di salah sebuah laman web dan kini ianya muncul sekali lagi dalam penyenaraian peruncit di China. Gambar yang muncul dikatakan merupakan gambar rasmi bagi telefon OPPO K9 Pro.

Baru-baru ini, OPPO K9 Pro muncul di salah sebuah laman web peruncit di China yang merupakan nama besar dalam perniagaan dalam talian. Dikatakan telefon tersebut bakal dilancarkan pada 26 September ini.

Ia dilengkapi tiga kamera yang mana kamera utamanya 64MP, ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP. OPPO K9 Pro dikatakan telefon pintar yang paling berkuasa dilengkapi cipset Dimensity 1200 dengan CPU 3.0GHz serta RAM 12GB.

Imej yang muncul juga menunjukkan butang fizikal di kedua-dua belah sisi yang mana kami mengandaikan bahawa pengesan cap jarinya berada di bawah skrin yang menggunaan panel OLED.

Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version