Site icon TechNave BM

OPPO K9 Pro dilancar: skrin 120Hz, Dimensity 1200, cas pantas 60W bermula ~RM1,425

OPPO telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru di China iaitu OPPO K9 Pro yang dilengkapi cipset Dimensity 1200 dan rekaan yang agak unik di bahagian belakang. Telefon tersebut mempunyai bonggolan berbentuk petak yang agak besar di belakangnya dan menempatkan tiga lensa kamera.

Di hadapan, ia mempunyai skrin AMOLED Full HD+ berukuran 6.43 inci dengan kadar 120Hz, kadar bacaan sentuhan 180Hz, sokongan HDR10 dan gamut warna DCI-P3 luas. Sebuah kamera swafoto 16MP pula berada dalam sebuah lubang punch hole di bahagian atas kiri skrin.

Daripada segi memori, ia menawarkan RAM 8GB atau 12GB, manakala storan pula adalah UFS 3.1 dengan kapasiti 128GB atau 256GB. Ia tidak menyokong tambahan memori microSD, namun ia mempunyai fungsi On-The-Go (OTG) jadi anda boleh hubungkan sebuah pemacu USB.

Untuk kamera pula, ia dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Bateri telefon ini mempunyai kapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 60W Super Flash Charge yang boleh mengecas 50% sepantas 16 minit manakala sistem operasinya pula adalah ColorOS 11 berdasarkan Android 11.

Berikut adalah harga OPPO K9 Pro di China:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version