Site icon TechNave BM

OPPO K9s bakal dilancar 20 Oktober ini, miliki SD778G dan skrin 6.59″ 120Hz

OPPO telah melancarkan OPPO K9 5G pada Mei lalu dan diikuti dengan varian Pro pada bulan lalu. Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa syarikat itu akan akan melancarkan sebuah lagi telefon pintar iaitu OPPO K9s yang akan dilancarkan pada 20 Oktober ini.

Poster yang dikongsi oleh OPPO di Weibo mengesahkan reka bentuk K9s. Panel belakangnya mempunyai reka bentuk seperti K9 Pro dan menggunakan sistem tiga kamera yang mana kamera utamanya beresolusi 64MP.

Walaupun OPPO belum memberitahu spesifikasi K9, namun telah terdedah spesifikasinya melalui penyenaraian peruncit China JD.com. Ia akan dilengkapi dengan Snapdragon 778G, RAM 6GB / 8GB, storan dalaman 128GB, skrin 120Hz dengan kadar penyegaran 6 tahap, motor linear paksi-X, getaran 4D dan tersedia dalam tiga pilihan warna.

Spesifikasi lain K9s ialah ia dilengkapi paparan FHD+ LCD 6.59 inci, bateri berkapasiti 5,000mAh, pengecasan 30W dan pengimbas cap jari yang dipasang pada bahagian sisi. Kamera swafotonya akan menggunakan sensor 16MP dan bahagian belakangnya terdapat kamera utama 64MP beserta 8MP dan 2MP.

Selain itu, OPPO k9s akan mempunyai bicu fon kepala 3.5mm, tebal 8.52mm dan berat 199 gram. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version