Site icon TechNave BM

OPPO kini sedang bangunkan pemproses fotografi yang baru bernama M1

Pada 2019, OPPO telah mendaftarkan tanda dagang untuk cip OPPO M1 di mana ia dipercayai adalah sebuah cipset system-on-chip (SoC) untuk telefon pintar. Kini pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station mengatakan OPPO M1 sebenarnya adalah pemproses signal imej (ISP) yang akan dilengkapkan dalam peranti OPPO pada masa hadapan.

ISP ini bakal menjadi produk pertama daripada pasukan Project Mariana iaitu sebuah kumpulan jurutera yang diambil daripada OPPO, OnePlus dan realme. Oleh yang demikian, kamera telefon oleh dua jenama ini mungkin akan dilengkapi ISP OPPO M1 juga.

ISP merupakan komponen dalam cipset telefon pintar yang bertanggungjawab untuk mengambil data daripada sensor kamera dan memprosesnya kepada sebuah gambar atau video digital. Ia akan melakukan pelbagai proses seperti pembetulan warna (colour correction) dan penajaman (sharpening) untuk menghasilkan gambar akhir.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version