Site icon TechNave BM

OPPO kuasai pasaran telefon pintar Asia Tenggara pada Q3 2024 dengan 5.1 juta peranti dihantar

Canalys mengeluarkan laporan suku ketiga 2024 untuk pasaran telefon pintar di Asia Tenggara yang mana ia meningkat sebanyak 15% tahun ke tahun kepada 25 juta unit. OPPO menerajui pasaran telefon pintar di Asia Tenggara dengan 5.1 juta unit dihantar yang mana 21% bahagian pasaran dikuasai model peringkat permulaan A3x dan A3.

Samsung mengikuti rapat dengan bahagian pasaran sebanyak 16% dan bahagian nilai penghantaran sebanyak 23%. Bahagian nilai melebihi bahagian penghantaran yang mencerminkan strategi premiumisasi berterusan Samsung yang mengutamakan pertumbuhan kewangan berbanding pertumbuhan penghantaran.

Transsion menduduki tempat ketiga dengan penghantaran sebanyak 4 juta unit dan bahagian pasaran sebanyak 16%. Xiaomi menduduki tempat keempat dengan bahagian pasaran sebanyak 15% dan penghantaran sebanyak 3.9 juta unit. Antara lima teratas, vivo menghantar 2.6 juta unit dan mempunyai bahagian pasaran sebanyak 10%.

Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version