Site icon TechNave BM

OPPO lancarkan OPPO Ace 2, OPPO Watch dan lain-lain versi Evangelion, harga bermula ~RM181

Mungkin ada yang mengetahui bahawa OPPO sebelum ini telah melancarkan telefon pintar OPPO Reno Ace edisi Gundam dengan spesifikasi menarik. Terkini, peminat animasi Evangelion pasti menghargai OPPO berikutan pelancaran OPPO Ace 2 versi animasi tersebut di pasaran China.

Selain menggunakan reka bentuk bertemakan Eva, kotaknya juga berbeza dengan kehadiran rekaan kotak kapsul. OPPO Ace 2 Edisi Khas EVA ini juga hadir dengan fon kepala khas bersama elemen Nerv, set pengecasan pantas, SIM pin dan sarung perlindungan telefon yang diinspirasikan daripada animasi tersebut.

Pengecas pantas wayarles OPPO 40W pula berinspirasikan bandar NERV dengan logonya. Kipas pengecasan pula berfungsi di sebalik bayang merah yang terpantul daripada logo. Jika anda mengecas OPPO Ace 2 EVA, paparan akan menunjukkan ikon pengecasan ‘AT Field’ yang mengibaratkan peranti mempunyai kuasa tanpa batasan.

Sebagai tambahan, OPPO Watch Edisi Khas EVA kelihatannya mengaplikasikan rekaan Asuka dengan gabungan warna merah dan hitam. Terdapat juga varian tali jam tangan pintar tersebut yang turut berinspirasikan Asuka.

OPPO Enco W31 Edisi Khas EVA juga tidak kurang hebatnya. Reka bentuknya dengan gabungan warna biru dan putih seperti berinspirasikan Rei Ayanami.

Apa pun, kami masih tidak mempunyai maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia, Adakah anda peminat Evangelion? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version