Site icon TechNave BM

OPPO lancarkan #OPPOCare4U, tawar diskaun 30% untuk pengguna yang terjejas akibat banjir

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada hari minggu lalu, OPPO Malaysia menawarkan diskaun sehingga 30 peratus untuk semua pembaikan peranti yang rosak akibat banjir tersebut. Perkhidmatan ini hanya dihadkan untuk satu resit sahaja dan ia bermula pada 26 Januari hingga 31 Januari 2022.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang kempen ini:

• Diskaun harga 30% untuk alat ganti terpilih bagi model telefon pintar OPPO tertentu, atau
• Diskaun harga 20% untuk perkhidmatan kurier (hanya tersedia untuk pelanggan yang memohon perkhidmatan pembaikan penghantaran dalam talian).

Pengguna boleh pergi ke pusat servis OPPO terdekat atau My OPPO Space untuk menghantar telefon pintar mereka untuk dibaiki. Sebagai alternatif, mereka juga boleh memohon di OPPO Support untuk pengambilan telefon daripada rumah dan dihantar kepada pusat pembaikian.

Semua pengguna yang terjejas boleh menghubungi pusat servis OPPO terdekat atau My OPPO Space. Anda juga boleh berhubung dengan perkhidmatan pelanggan dalam talian laman web rasmi OPPO Support untuk informasi pembaikan peranti dan ketersediaan alat ganti.

Adakah perkhidmatan ini akan membantu anda? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version