Site icon TechNave BM

OPPO lancarkan Reno3 A: Snapdragon 665, skrin AMOLED 6.44 inci, empat kamera 48MP berharga ~RM1,600

OPPO telah melancarkan telefon terbaru dalam siri Reno3, Reno3 A, di Jepun. Telefon kelas pertengahan itu mempunyai reka bentuk keseluruhan yang sama dengan Reno3 5G namun spesifikasinya adalah lebih rendah.

Telefon itu dilengkapi cipset Snapdragon 665, skrin AMOLED FHD+ 6.44 inci, storan dalaman 128GB dan RAM 6GB. Kamera belakangnya pula terdiri daripada empat iaitu kamera utama 48MP f/1.7, kamera ultra-lebar 8MP f/2.2, sensor kedalaman 2MP f/2.4 dan kamera makro 2MP f/2.4. Kamera hadapannya pula adalah kamera 16MP f/2.0.

Ia dilengkapi bateri 4,025mAh dan teknologi pengecasan Quick Charge yang tidak dinyatakan kadar kuasanya. Seperti kebanyakan telefon kelas pertengahan, ia mempunyai bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari di bawah skrin serta rating kalis air dan debu IP68. Daripada segi sistem operasi, ia datang dengan ColorOS 7.1 yang berdasarkan Android 10.

Ia dijual dialam pasaran Jepun bermula 25 Jun ini dengan harga JPY39,800 (~RM1,596) namun masih tiada berita tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: OPPO Jepun, GSMArena

Exit mobile version