Site icon TechNave BM

OPPO MagVOOC dilancar: Pengecasan wayarles magnetik pada kadar 20W

Dalam acara China International Smart Industry Expo 2021 pada hari ini, OPPO telah melancarkan OPPO MagVOOC iaitu sebuah teknologi pengecasan wayarles magnetik yang akan diperkenalkan dalam telefon OPPO.

Syarikat itu telah melancarkan tiga produk di bawah jenama MagVOOC iaitu power bank wayarles magnetik, pengecas wayarles magnetik nipis dan pengecas wayarles magnetik berdiri. Power bank tersebut boleh berfungsi sebagai “bateri luaran” untuk telefon, di mana ia boleh dilekatkan secara magnetik dan mengecas telefon secara wayarles.

Power bank tersebut boleh mengecas secara wayarles pada kadar 20W atau secara berwayar pada kadar 10W di mana ia boleh mengecas penuh bateri 4,500mAh dalam masa dua jam. Ia juga mempunyai reka bentuk yang nipis agar ia mudah dibawa ke mana-mana.

Gegelung wayar yang berfungsi dalam teknologi MagVOOC ini telah diasingkan daripada papan induk dalam telefon agar haba daripada pengecasan wayarles ini tidak akan menjejaskan komponen elektronik di dalamnya.

Walau bagaimanapun, terdapat sumber mengatakan OPPO tidak akan memperkenalkan teknologi ini secara komersial pada tahun ini dan telefon pertama yang dilengkapi MagVOOC hanya akan dilancar bermula tahun hadapan.

Sebelum ini, realme telah memperkenalkan teknologi serupa iaitu MagDart manakala Apple pula menamakannya sebagai MagSafe. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version