Site icon TechNave BM

OPPO Malaysia adakan Jualan Joy-Full dengan hadiah bernilai lebih RM8 juta!

Mulai sekarang hingga 14 Januari 2022, OPPO Malaysia akan mengadakan Jualan Joy-Full. Ini meliputi pelbagai tawaran eksklusif bernilai sehingga RM8 juta. Walaupun tidak semua telefon OPPO akan mendapat promosi potongan harga, kebanyakan pembelian akan disertakan dengan hadiah percuma.

Sebagai contoh, jika anda membeli Find X3 Pro, anda akan memperoleh Lampu Meja Pengecas Tanpa Wayar (bernilai RM279). Selain itu, pelanggan yang membeli telefon terpilih akan layak mendapat diskaun sehingga 20% apabila membeli Pelan Perlindungan Kemalangan 1 tahun, OPPO Watch (46mm dan 41mm) dan banyak lagi item.

Selain itu, mereka yang membeli mana-mana peranti telefon pintar OPPO juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah hebat melalui Festive Miracle Giveaway seperti penginapan percuma di Resorts World Genting bersama tiket Genting SkyWorlds Theme Park, OPPO A95 dan banyak lagi! Anda boleh melihat jadual di bawah untuk rujukan:

Peranti OPPOHarga (RM)Ganjaran
Find X3 Pro4299Lampu Meja Wayarles Boleh Cas bernilai RM279
Reno6 Pro
Reno6
Reno6 Z
2999
2399
1699
Kotak hadiah siri Reno6 bernilai RM277.00 dan rebat segera RM100
A951099Dapatkan True Wireless Earbuds bernilai RM109 dengan menambah RM1 sahaja
PemenangHadiah
Hadiah utama x13 hari 2 malam menginap di Resorts World Genting + 4 tiket Genting SkyWorlds Theme Park dengan nilai keseluruhan sehingga RM5,000
Naib juara x12OPPO A95
Tempat ketiga x20OPPO Enco X
Hadiah saguhati x 100OPPO Band

Seterusnya, Ahli OPPO akan diberi ganjaran dengan baucar tiket Genting SkyWorlds Theme Park dan baucar minuman bersaiz Grande Starbucks beli 1 percuma 1 apabila mereka membeli telefon pintar OPPO terpilih. Kemudian untuk pengguna yang melawat OPPO | Booth Genting yang terletak berhampiran pintu masuk Genting Highlands Skytropolis Indoor Theme Park, terdapat beberapa aktiviti menarik seperti:

Jualan OPPO Joy-Full boleh didapati di mana-mana My OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, kedai dalam talian rasmi OPPO, Shopee, Lazada dan Astro Go Shop. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi OPPO Malaysia.

Exit mobile version