Site icon TechNave BM

OPPO Malaysia ajak anda meriahkan pembukaan My OPPO Space di Kota Kinabalu, pelbagai promosi dan aktiviti menanti

OPPO Malaysia akan merasmikan pembukaan kedai 3.0 Pro Design My OPPO Space yang terletak dalam pusat beli-belah Imago Shopping Mall di Kota Kinabalu, Sabah pada hari Khamis 30 Mei 2024. Sempena pembukaannya, anda dijemput untuk hadir memeriahkan majlis tersebut, di mana pelbagai aktiviti menarik dan promosi gajet akan menanti anda.

Sebagai contoh, anda boleh dapatkan diskaun untuk telefon pintar OPPO Reno10 Pro+ 5G, OPPO Reno11 5G dan OPPO A98 5G. Gajet-gajet lain juga dijual dengan harga promosi seperti tablet OPPO Pad Air, jam tangan OPPO Watch X dan fon telinga OPPO Enco Buds2.

Beberapa aksesori terpilih seperti tali jam OPPO Watch X pula akan dijual pada harga serendah RM1.

Promosi gajet sempena pembukaan My OPPO Space Kota Kinabalu
Promosi aksesori sempena pembukaan My OPPO Space Kota Kinabalu

Pelawat juga boleh menyertai cabutan bertuah untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti pengering rambut Dyson Airstrait (bernilai RM2,599), tablet OPPO Pad Neo, pembesar suara kecil Marshall Willen, baucar Dozo dan baucar Dex Acc.

Selain cabutan bertuah, anda boleh sertai aktiviti menarik seperti Check-In dan O-Fans Sessions. Peserta berpeluang membawa pulang hadiah seperti baju-T, baucar dan aksesori OPPO.

Anda juga boleh menyertai cabutan bertuah untuk peluang membawa pulang pelbagai hadiah
Ikuti langkah-langkah di atas untuk bawa pulang cenderahati menarik

Kedai OPPO 3.0 Pro Design My OPPO Space akan terletak di Lot 2-61 dalam Imago Shopping Mall. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menghadirinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version