Site icon TechNave BM

Gunakan kod ekslusif kami untuk diskaun RM250 apabila anda beli produk OPPO!

Bermula hari ini sehingga 31 Mac, OPPO Malaysia akan mengeluarkan beberapa kod promosi untuk anda mendapatkan diskaun sehingga RM250 apabila anda membeli produk OPPO! Kod-kod yang berjumlah RM10 juta ini akan diedarkan oleh pihak media terpilih dan juga beberapa personaliti internet yang telah dilantik oleh syarikat tersebut.

Dan yang lebih menarik lagi, TechNave juga ingin memberi kod istimewa OPPO untuk anda! Berikut adalah kod promosi yang dimaksudkan:

FindX2 dan Find X2 Pro: TechnavexOPPOFindX2
Telefon bawah RM600: TechnaveOPPO20
Telefon daripada RM600 hingga RM999: TechnaveOPPO50
Telefon daripada RM1000 hingga RM1999: TechnaveOPPO100
Telefon RM2000 dan ke atas: TechnaveOPPO200
Enco Q1 dan Enco Free: TechnaveIOT50

OPPO akan berkongsi dua kod promosi, di mana yang pertama boleh digunakan dalam pembelian siri telefon pintar Find X2 5G untuk diskaun RM250. Sementara itu, yang kedua pula adalah kod promosi diskaun RM200 untuk pembelian Reno2 dan Reno 10x Zoom.

Istimewa buat O-fans OPPO, syarikat elektronik itu juga akan memberikan kod promosi khas kepada lebih 250,000 pelanggan melalui SMS. Kod ini juga boleh dikongsi bersama keluarga dan kawan-kawan sebanyak mungkin sehingga 31 Mac. Selain itu, wakil jualan OPPO juga mempunyai kod promosi eksklusif yang ingin disebarkan.

Akan tetapi, perlu diingat bahawa kod promosi ini hanya boleh digunakan untuk satu produk atau satu telefon dalam setiap pesanan. Jika anda berminat untuk menggunakan kod promosi beberapa kali, anda boleh membuat pesanan asing untuk setiap produk yang ingin dibeli.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli produk OPPO dengan kod promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version