Site icon TechNave BM

OPPO Malaysia hargai wira negara, sumbang RM100,000 kepada MASKAB sempena Merdeka

Hari ini, OPPO Malaysia menunaikan janji sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Majlis Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (MASKAB) sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan barisan hadapan bomba negara. Sumbangan itu hasil inisiatif bersama ketika pelancaran OPPO A5 Pro awal tahun ini dengan setiap pembelian peranti menyumbang RM1 kepada tabung MASKAB.

Mock cheque diserahkan oleh Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia, Monica Qin, kepada wakil MASKAB, YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad dalam majlis kolaborasi strategik MASKAB | OPPO yang berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya. Majlis turut diserikan dengan kehadiran komuniti OPPO Ofans, wakil media serta anggota bomba yang beramah mesra dalam suasana santai bersempena sambutan Merdeka.

OPPO turut mengumumkan pelancaran OPPO 2026 Limited Edition Malaysia Calendar iaitu kalendar edisi khas yang dirakam menggunakan siri Reno 14. Kalender edisi khas ini boleh ditebus secara eksklusif melalui aplikasi My OPPO App bermula September depan dengan menggunakan mata keahlian.

Selain itu, kempen “Semangat Kebangsaan Bersama OPPO” yang berlangsung dari 15 Ogos hingga 16 September 2025 menawarkan pelbagai promosi istimewa dengan nilai rebat keseluruhan RM6.8 juta. Pelanggan berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM300 bagi model telefon pintar terpilih serta diskaun PWP sehingga RM50 untuk pembelian bersama produk OPPO di kedai jenama rasmi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version