Site icon TechNave BM

OPPO Malaysia sambut Piala AFF Suzuki 2020 dengan peraduan #OPPOA95 #TheSmartPerformer

Piala AFF Suzuki 2020 selalu mendapat sambutan hangat di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sehubungan dengan itu, OPPO Malaysia telah menjadikan OPPO A95 sebagai telefon pintar rasmi Piala AFF Suzuki 2020 dan menyediakan peluang menarik untuk musim bola sepak yang akan datang melalui peraduan #OPPOA95 #TheSmartPerformer.

Peraduan #OPPOA95 #TheSmartPerformer ini akan bermula dari sekarang hingga 19 Disember 2021 dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Melalui peraduan ini, para peserta dapat menikmati pengalaman permainan kasual menggunakan pengalaman digital dengan konsep permainan bola sepak asal. Peserta hanya perlu menjaringkan sebanyak mungkin gol dalam masa 60 saat. 

Pemenang diberi ganjaran dengan hadiah luar biasa yang disenaraikan seperti di bawah. Peserta yang terpilih akan layak menerima kod promo bernilai RM100 yang boleh ditebus selepas pembelian OPPO A95.

PemenangHadiah
3 pemenang teratasOPPO A95 bernilai RM1,099
Barangan OPPO x Suzuki Cup bernilai RM218 
Tempat ke 4 – ke 13(10 pemenang)OPPO Enco Buds bernilai RM159
Barangan OPPO x Suzuki Cup bernilai RM218
Tempat ke 14 – ke 23(10 pemenang)Remax Powerbank bernilai RM99
Barangan OPPO x Suzuki Cup bernilai RM218
Pemenang saguhati x 10Barangan OPPO x Suzuki Cup bernilai RM218

Anda perlu ikuti langkah di bawah untuk menyertai peraduan #OPPOA95 #TheSmartPerformer:

Langkah Penerangan
Langkah 1Sertai melalui My OPPO Space terpilih yang terletak di IOI City Mall (Lembah Klang), Southkey Mid Valley (Johor) dan Queensbay Mall (Pulau Pinang) atau sertai permainan melalui https://oppomy.com/event/OPPOA95TheSmartPerformer
Langkah 2Daftar maklumat peribadi anda
Langkah 3Main permainan dan jaringkan sebanyak mungkin gol dalam masa 60 saat
Langkah 4Kongsi keputusan pada platform Facebook dan tetapkan menjadi “awam”

Anda boleh lawati laman web rasmi OPPO Malaysia untuk tahu lebih lanjut mengenai peraduan #OPPOA95 #TheSmartPerformer. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version