Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi, OPPO Malaysia kini menganjurkan promosi Semangat Kebangsaan Bersama OPPO yang berlangsung pada 15 Ogos sehingga 16 September 2025. Promosi ini bukan sahaja menawarkan diskaun untuk pelbagai peranti OPPO, malah rebat sehingga RM6.8 juta.
Antara telefon menarik yang ditawarkan pada harga promosi termasuklah telefon kelas pertengahan OPPO Reno14 5G yang baru sahaja dilancar pada bulan Julai lalu. OPPO menawarkan potongan diskaun sehingga RM300 untuk peranti-peranti terpilih. Berikut adalah senarai peranti yang terpilih:
Anda juga boleh dapatkan promosi pembelian-dengan-pembelian (PWP) RM50 untuk pembelian barang-barang tertentu. Produk yang boleh dibeli dengan PWP termasuklah OPPO Watch X2 Mini, OPPO Enco Air4 Pro dan aksesori-aksesori terpilih.
Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

