Site icon TechNave BM

OPPO MariSilicon Y diumum, cip Bluetooth sokong audio 24bit/192kHz

OPPO baru sahaja mengumumkan cipset Bluetooth terbaharunya iaitu MariSilicon Y yang didakwa boleh mengendalikan kualiti audio yang setanding dengan sambungan berwayar. MariSilicon Y ialah cipset kedua OPPO di mana penghasilan cipset pertama iaitu MariSilicon X memfokuskan kamera yang muncul dalam siri Find X5 awal tahun ini.

Cipset MariSilicon Y tertumpu pada menambah baik audio tanpa wayar dengan peningkatan 50% sokongan untuk keluasan sambungan berbanding cip Bluetooth dalam pasaran. Ia juga menyokong pindahan data berkelajuan 12 Mbps yang membolehkan cip menghantar audio tanpa kehilangan 24-bit/192kHz melalui Bluetooth.

MariSilicon Y juga akan menyokong codec baharu dalam URLC iaitu codec tanpa kehilangan resolusi ultra yang meningkatkan pemprosesan audio dan AI. Ini termasuk pemaparan audio spatial serta dapat mengasingkan bunyi objek tertentu.

OPPO mendakwa MariSilicon Y menggunakan kuasa transceiver (gabungan pemancar dan penerima radio) 66% lebih rendah dan cip yang lebih kecil. Nantikan kemunculan cipset Bluetooth terbaharu ini pada peranti OPPO yang akan datang.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version