Site icon TechNave BM

OPPO MR Glass Developer Edition diumum, dilengkapi platform Snapdragon XR2+

Pada Augmented World Expo (AWE) 2023 di California, OPPO menunjukkan kemajuan terbaharunya dalam bidang XR iaitu dengan memperkenalkan OPPO MR Glass Developer Edition. Peranti realiti campuran (MR) tercanggih ini dilengkapi dengan teknologi terkini dan menawarkan persekitaran yang ideal untuk pembangun merealisasikan idea mereka.

OPPO MR Glass akan disediakan sebagai kit pembangun rasmi Snapdragon Spaces di China. Dikuasakan oleh platform Snapdragon XR2+, OPPO MR Glass dilengkapi dengan fungsi pengecasan pantas SUPERVOOC OPPO dan pengesanan degupan jantung yang membuka pintu kepada pelbagai aplikasi baharu.

Dibina dengan bahan mesra kulit, OPPO MR Glass dilengkapi dengan teknologi Binocular VPT (Video Pass Trough), kamera RGB dwi hadapan serta kadar penyegaran tinggi 120Hz. Sejak keluaran produk konsep AR pertama OPPO iaitu OPPO AR Glass pada 2019, OPPO telah membawakan tiga cermin mata pintar.

Tiga cermin mata pintar ialah OPPO AR Glass 2021, OPPO Air Glass dan OPPO Air Glass 2. OPPO MR Glass akan tersedia sebagai kit pembangun Snapdragon Spaces di China yang diedarkan melalui EnlightXR pada penggal kedua tahun ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version