Site icon TechNave BM

OPPO mungkin akan lancarkan 2 telefon lipat Find N Fold dan Find N Flip pada tahun ini

Pada akhir tahun lalu, OPPO telah memperkenalkan telefon pintar lipatnya yang pertama iaitu OPPO Find N. Kini, OPPO dilapor bakal melancarkan dua telefon lipat terbaharu pada tahun ini iaitu OPPO Find N Fold dan OPPO Find N Flip.

Menurut sumber, dua peranti ini akan bersaing dengan Samsung Galaxy Z Fold4 dan Samsung Galaxy Z Flip4 yang baru dilancar pada minggu lepas. Find N Fold akan mempunyai reka bentuk tablet yang boleh dilipat kepada bentuk telefon pintar seperti Galaxy Z Fold4, manakala Find N Flip mempunyai reka bentuk lipatan clamshell seperti Galaxy Z Flip4.

Dua peranti ini dijangka bakal dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan sudah pun didaftarkan dengan Pejabat Hak Milik Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO). Ini mungkin bermakna dua telefon lipat ini bakal menjadi peranti lipat OPPO pertama yang dijual untuk pasaran antarabangsa.

Sebelum ini, OPPO Find N hanya dijual di China dan ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelanggan di negara itu, di mana ia habis dijual pada hari pertama. Telefon itu mempunyai skrin yang lebih kecil dan kompak berbanding telefon lipat lain seperti Galaxy Z Fold3.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti lipat OPPO dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Pricebaba

Exit mobile version