Site icon TechNave BM

OPPO mungkin akan lancarkan telefon baru dengan cipset Snapdragon 870

Cipset telefon pintar Qualcomm Snapdragon 875 dijangka akan dilancarkan pada bulan Disember ini dan sebuah varian yang lebih rendah mungkin akan turut dilancarkan bersama. Cipset tersebut yang dijangka akan dinamakan Snapdragon 870 bakal dilengkapkan dalam sebuah telefon OPPO.

Pengkhabar maklumat terkenal Digital Chat Station mengatakan OPPO sedang menguji Snapdragon 865 dengan frekuensi lebih tinggi iaitu sebanyak 3.2GHz. Memandangkan prestasinya yang lebih baik, beliau meramalkan ini adalah Snapdragon 870 atau Snapdragon 875 versi rendah.

Sebelum ini, OPPO dilaporkan telah mendaftarkan telefon baru dengan pihak berkuasa TENAA di China dengan nombor model PERM00. Telefon 5G itu dilengkapi skrin 6.5 inci beresolusi Full HD+, empat kamera belakang, RAM 6GB atau 8GB, storan dalaman 64GB/128GB/256GB dan bateri 4,900mAh. Masih tidak pasti jika telefon ini akan dilengkapi cipset Snapdragon yang dimaksudkan atau tidak.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Playfuldroid

Exit mobile version