Site icon TechNave BM

OPPO mungkin akan perkenalkan pengecasan pantas SuperVOOC 3.0 dengan kadar kuasa 80W

Pada waktu ini, teknologi pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 dalam peranti OPPO adalan pengecasan terpantas di dunia, dengan kadar 65W yang mampu megecas penuh bateri sepantas setengah jam. Sungguh pun begitu, nampaknya OPPO bakal membawa pengecasan yang lebih pantas pada tahun hadapan.

Menurut sebuah kiriman di Weibo oleh pemblog China, Really Assen, beliau mendedahkan teknologi SuperVOOC 3.0 yang mempunyai penilaian kadar kuasa 80W.

SuperVOOC 2.0 beroperasi dengan sumber tenaga 10V pada 6.5A. Dengan SuperVOOC 3.0, ia dijangkakan akan beroperasi dengan voltan yang lebih tinggi, iaitu 20V pada 4A untuk mencapai kadar kuasa 80W.

Nampaknya pelbagai syarikat telefon pintar kini berlumba-lumba untuk menghasilkan teknologi pengecasan terpantas. Sebelum ini, Lenovo mengatakan akan menghasilkan pengecasan 90W, manakala Xiaomi pula dengan pengecasan 120W.

Walaupun begitu, ini masih lagi sebuah khabar yang masih tidak disahkan oleh OPPO. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version