Site icon TechNave BM

OPPO mungkin akan umumkan siri Reno6 pada bulan Mei

Siri OPPO Reno5 baru sahaja dilancar pada bulan Mac lalu dan kini terdapat berita untuk pelancaran sekuelnya, OPPO Reno6, pada bulan ini di China. Menurut sebuah laporan dari China, OPPO akan menganjurkan sebuah gala pertengahan tahun pada 22 Mei di mana mereka akan melancarkan beberapa produk termasuklah siri Reno6.

Dalam tahun-tahun lepas, OPPO telah melancarkan pelbagai produk dalam gala pertengahan tahun seperti OPPO R15 pada 2018 dan siri Reno pertama pada 2019. Siri Reno6 dijangka akan terdiri daripada Reno6, Reno6 Pro dan Reno6 Pro+.

Reno6 mungkin akan dilengkapi cipset Dimensity 1200 dan paparan 90Hz, Reno6 Pro dengan Snapdragon 870 dan paparan 90Hz manakala Reno6 Pro+ pula dengan Snapdragon 888 serta paparan 120Hz. Ketiga-tiga varian dijangka akan dilengkapi bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W dan pengecasan wayarles 30W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Reno6 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version