Site icon TechNave BM

OPPO mungkin lancarkan 3 varian utama untuk siri Find X seterusnya, bernama Find X5

OPPO telah pun mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan sebuah siri telefon OPPO Find X yang dilengkapi cipset andalan Snapdragon 8 Gen 1 serta Dimensity 9000 pada suku pertama 2022. Kini pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station telah mendedahkan maklumat terbaru mengenai siri Find X yang seterusnya.

Beliau mengatakan siri Find X yang akan dilancar pada 2022 mempunyai nama OPPO Find X5 dan bakal ditawarkan dalam tiga varian utama, di mana salah satu daripadanya adalah telefon lipat yang mempunyai engsel mendatar. Ia bakal bersaing dengan telefon lipat serupa daripada jenama lain iaitu Samsung Galaxy Z Fold3 dan HUAWEI P50 Pocket.

OPPO juga nampaknya akan melangkau nombor “4” dan terus menamakan telefon baru sebagai “Find X5” untuk sekuel kepada “Find X3” pada tahun ini. Ini adalah langkah yang selalu diambil oleh syarikat China kerana nombor 4 selalunya dikaitkan dengan kemalangan atau nasib yang tidak baik.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri OPPO Find X seterusnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version