Site icon TechNave BM

OPPO mungkin perkenalkan peranti yang menyokong pengecasan pantas 240W tidak lama lagi

Sebelum ini, peranti iQOO dilaporkan akan memperkenalkan peranti pertama yang menyokong teknologi pengecasan pantas 200W. Ada yang lebih mengagumkan apabila terdapat maklumat mendakwa bahawa OPPO mungkin akan melancarkan peranti dengan kapasiti pengecasan 240W.

Jenama peranti tidak diberitahu tetapi kami menjangka ia adalah OPPO kerana syarikat tersebut telah memperkenalkan teknologi pengecasan pada Februari ini. Pengecasan pantas syarikat itu didakwa mampu mengecas bateri 4,500mAh dalam masa 9 minit sahaja.

Menurut sumber, ia mungkin tiba sebelum akhir tahun. Kami juga menjangka ia mungkin dilancarkan bersama OPPO Find X6 Pro. Jika berita tersebut benar, maka ini adalah satu peningkatan besar kerana OPPO Find X5 Pro hanya membawa pengecasan wayarles 80W dan 50W. 

Kami turut tertanya-tanya jenis pengecasan wayarles yang akan ditawarkan oleh peranti dengan pengecasan berwayar 240W ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version