Site icon TechNave BM

OPPO mungkin sedang menghasilkan telefon lipat pertama mereka

Penghasilan telefon pintar lipat dalam pasaran boleh dikatakan agak perlahan berbanding kepada telefon pintar yang biasa. Setakat ini, hanya beberapa syarikat sahaja yang telah hasilkan telefon pintar lipat iaitu Samsung, HUAWEI, LG , Motorola dan Royole.

Kini, sumber terbaru memberitahu bahawa OPPO mungkin sedang dalam proses penghasilan telefon pintar lipat pertama mereka. Sumber juga menunjukkan lukisan paten dan render telefon lipat OPPO ini.

Telefon lipat OPPO ini dilihat akan menggunakan reka bentuk lipatan ke dalam sama seperti Galaxy Z Flip dan Motorola Razr. Ianya dilihat menggunakan reka bentuk engsel yang hampir sama dengan reka bentuk Microsoft Surface Duo. Reka bentuk engsel ini akan memberikan pengalaman lipatan yang lebih baik, mengurangkan kesan lipatan serta memanjangkan jangka hayatnya.

Perlu diingatkan, paten ini hanya digunakan untuk simpanan teknikal sahaja. Ini tidak bermakna OPPO akan melancarkan telefon lipat ini dalam masa yang terdekat.

Adakah anda peminat telefon pintar lipat? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version