Site icon TechNave BM

OPPO mungkin tidak sertakan pengecasan di dalam kotak kelak

Nampaknya, OPPO bakal menjadi salah satu syarikat yang tidak akan membekalkan pengecas dalam kotak pembelian. Naib Presiden Jualan dan Perkhidmatan Luar Negara OPPO, Billy Zhang mendedahkan dalam temu bual bahawa syarikat itu akan tidak menyertakan pengecas dari kotak untuk beberapa produknya. 

Namun, beliau tidak memberitahu secara jelas peranti yang akan dijual tanpa pengecas. Selain itu, terdapat sangkaan bahawa OPPO mungkin bercadang untuk menggugurkan pengecas pada sesetengah pasaran.

Berdasarkan ulasan itu, nampaknya OPPO mungkin mengambil pengecas SuperVOOC mereka untuk melaksanakan strateginya. Memandangkan syarikat itu ingin menjual pengecas, terdapat kemungkinan semua peranti dalam pasaran mungkin hadir tanpa pengecas pada masa hadapan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Authority

Exit mobile version