Site icon TechNave BM

OPPO OHealth H1 dilancar, peranti pintar kesihatan dengan ciri ECG dan stateskop mudah alih

Dalam acara OPPO INNO DAY 2022, OPPO bukan sahaja mengumumkan cip Bluetooth terbaharunya, malah syarikat itu juga turut melancarkan OPPO OHealth H1. Setelah menubuhkan Makmal Kesihatan OPPO pada 2021, tahun ini OPPO mencipta sub-jenama penjagaan kesihatan pintar baharu iaitu OHealth.

OHealth H1 menggabungkan enam fungsi pemantauan data kesihatan yang bertujuan untuk kegunaan keluarga dalam satu peranti termasuk pengukuran oksigen darah, ECG, auskultasi jantung dan paru-paru, kadar denyutan jantung, suhu badan serta penjejakan tidur.

Melalui sensor ketepatan tinggi dan algoritma kesihatan yang terkemuka dalam industri, OHealth H1 akan membantu pengguna mengumpul data kesihatan yang tepat dan menjaga kesihatan. OHealth H1 mempunyai berat hanya 95g dan hadir dengan reka bentuk bujur seakan tetikus. Perlu dinyatakan bahawa OHealth H1 juga menyokong pengukuran pantas.

Pengguna hanya memerlukan satu tindakan dan satu ukuran untuk mendapatkan data ECG, kadar denyutan jantung dan oksigen darah pada masa yang sama. Berbanding dengan fungsi pemantauan tidur pada jam tangan pintar, OHealth H1 tidak mengganggu keselesaan tidur dan pemantauan tidur berbilang dimensi.

Adakah anda berminat untuk mencuba OHealth H1 ini? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version