Site icon TechNave BM

OPPO Pad 2 muncul di SIRIM, mungkin dilancar di Malaysia tidak lama lagi

OPPO telah melancarkan tablet terbaharunya OPPO Pad 2 minggu lepas di China yang dianggap sebagai pengganti OPPO Pad. Menurut khabar angin, OPPO Pad 2 akan tiba dengan skrin dan bateri yang lebih besar serta pengecasan yang lebih pantas. Tablet baharu ini kini telah dikesan pada pangkalan data SIRIM dengan nombor model OPD2202.

Namun, tidak banyak yang telah didedahkan daripada pangkalan data mengenai spesifikasi OPPO Pad 2. Sebelum ini, terdapat beberapa laporan dan spekulasi bahawa OPPO Pad 2 akan kelihatan serupa dengan OnePlus Pad yang akan menjadi tablet Android pertengahan premium yang baharu.

OPPO Pad 2 mungkin menampilkan paparan yang lebih besar daripada 11 inci. Ia mungkin datang dengan resolusi skrin 2800X2000 piksel dan kadar segar semula 144Hz. Ia dijangka menempatkan bateri 9,500mAh yang boleh menyokong pengecasan pantas 67W. Tablet itu dikatakan akan dikuasakan dengan cipset MediaTek Dimensity 9000.

Tambahan, ia mungkin hadir dengan RAM 8GB atau 12GB dan mungkin menjalankan ColorOS 13 berdasarkan Android 13. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada OPPO Malaysia mengenai tarikh pelancaran dan keterasediaanya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version