Site icon TechNave BM

OPPO Pad Air2 akan dilancar pada 23 November 2023, bakal dilengkapi skrin 2.4K

Selain melancarkan siri telefon pintar OPPO Reno11 pada 23 November 2023, OPPO akan turut melancarkan tablet OPPO Pad Air2 pada hari yang sama. OPPO masih belum berkongsi sebarang maklumat mengenai rekaan tablet tersebut, namun mereka sudah berkongsi beberapa poster dalam Weibo yang menunjukkan spesifikasinya secara ringkas.

OPPO Pad Air2 bakal dilengkapi skrin LCD dengan resolusi 1720×2408 dan ia bakal mempunyai penapis cahaya biru (blue light filter) yang boleh menapis 60 peratus daripada cahaya biru yang dihasilkan daripada skrin LCD, bagi menghasilkan pengalaman tontonan yang lebih selesa untuk pengguna.

Sementara itu, pengkhabar berita teknologi Evan Blass pula telah berkongsi gambar tablet ini yang menyerupai OnePlus Pad Go. Jika OPPO Pad Air2 adalah OnePlus Pad Go yang dijenamakan semula, ia bakal mempunyai skrin berukuran 11.35 inci dengan kadar segar semula 90Hz, cipset MediaTek Helio G99, RAM 8GB, storan 128GB atau 256GB, kamera utama 8MP, bateri 8,000mAh dan pengecasan pantas 33W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version