Site icon TechNave BM

OPPO Pad dapat penyenaraian Geekbench, mungkin miliki Snapdragon 870

Kini, kami pasti bahawa OPPO Pad akan dilancarkan tidak lama lagi. Laporan baru-baru ini telah menunjukkan tablet tersebut dalam pensijilan 3C dengan sokongan untuk pengecasan pantas 33W. Keputusan Geekbench telah keluar mendedahkan beberapa butiran tablet.

Sperti yang dilihat dalam data Geekbench 4, ia mengandungi nombor model yang sama dalam pensijilan 3C. Ia menggunakan Android 11 dan mempunyai RAM 6GB. Di bahagian papan induk tercatat “kona” dan kelajuan jam sehingga 3.19GHz menunjukkan tablet itu akan dikuasakan oleh Snapdragon 870 seperti yang dikhabarkan.

OPPO Pad mungkin hadir dengan skrin LCD 11 inci (2,560 x 1,600) yang menyokong kadar penyegaran semula 120Hz, dwi-kamera 13MP dan 8MP serta storan 256GB. Mungkin ia akan menggunakna bateri 8,080 mAh untuk menyokong pengecasan pantas 33W.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version