Site icon TechNave BM

OPPO Pad dilengkapi cipset Dimensity 9000 bakal dilancar tidak lama lagi

Awal tahun ini, OPPO melancarkan tablet pertamanya iaitu OPPO Pad dengan panel LCD 11 inci, cipset Snapdragon 870 dan kamera belakang 13MP. Kini, sumber yang boleh dipercayai mendakwa pengganti tablet generasi pertama OPPO sedang dalam penghasilan. Tablet tersebut dilaporkan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9000 dan skrin resolusi tinggi.

Sumber juga mendakwa OPPO sedang mengusahakan tablet andalan baharu yang akan diumum sebagai pengganti OPPO Pad yang dilancarkan sebelum ini. Beliau berkata peranti itu akan dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 9000 dan akan mempunyai skrin resolusi 2800 x 2000 piksel.

Namun, tarikh pelancaran bagi tablet terbaharu ini masih belum didedahkan. Kami boleh menjangkakan tablet itu menawarkan prestasi lancar kerana ia memuatkan cipset Dimensity 9000. Cipset tersebut dihasilkan pada proses 4nm TSMC dengan satu teras Cortex-X2 sehingga 3 GHz, tiga teras A710 sehingga 2.85 GHz dan empat teras Cortex-A510 sehingga 1.8 GHz.

Untuk pengetahuan, OPPO Pad generasi pertama muncul pada awal tahun ini menampilkan panel LCD 11 inci yang menawarkan resolusi 2560×1600 piksel dengan ketumpatan piksel 275 PPI. Panel ini menyokong kadar penyegaran 120Hz, nisbah kontras 1500:1, HDR10 dan gamut warna lebar P3.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version