Site icon TechNave BM

OPPO Pad Neo muncul pada SIRIM, bakal dilancarkan di Malaysia kelak

Minggu lepas, tablet terbaharu OPPO iaitu OPPO Pad Neo telah muncul di laman web pensijilan NBTC Thailand dan kini peranti tersebut turut muncul di laman rasmi SIRIM Malaysia. Untuk pengetahuan, ini adalah tablet yang keempat yang dihasilkan oleh OPPO dan masih memfokuskan pada spesifikasi segmen pertengahan.

Tablet ini didaftarkan oleh Jie Business Sdn Bhd dan diberi nama kod OPD2302 (OPPO Pad Neo). Berdasarkan tarikh kelulusan pensijilan, ia bakal rasmi di Malaysia tidak lama lagi. Bagaimanapun, tablet itu masih belum dilancarkan di mana-mana pasaran termasuk China. Jadi tiada berita maklumat mengenai spesifikasinya.

Namun, terdapat laporan bahawa tablet ini menyokong sambungan LTE yang bermaksud bahawa tablet ini akan menjadi tablet pertama OPPO dengan sambungan rangkaian. OPPO setakat ini telah mengeluarkan tiga tablet iaitu OPPO Pad, OPPO Pad 2 dan OPPO Pad Air.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version