OPPO Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan tablet OPPO Pad SE pada 15 Mei 2025. Mereka telah memuat naik beberapa gambar iklan dalam media sosial, manakala dalam laman Shopee rasmi, OPPO mendedahkan hari OPPO Pad SE akan dilancar di sini pada tarikh tersebut.
Dalam Shopee, OPPO Pad SE boleh mula dibeli pada 15 Mei 2025, jam 12:00 tengah malam. Ini bermaksud ia akan dilancar pada hari yang sama dengan pelancarannya di China.
Beberapa spesifikasi yang dikongsi dalam Shopee termasuklah bateri 9,340mAh, skrin Immersive Eye-Care, mod Personalized Kids Mode, sistem operasi ColorOS dan pilihan warna perak atau biru. Spesifikasi penuh dan harganya akan diumumkan pada hari pelancarannya kelak.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

