Beberapa jam yang lepas, OPPO telah mengongsikan konsep telefon pintar yang unik. Konsep telefon pintar unik sememangnya sering dimonopoli oleh OPPO, Terkini, syarikat tersebut mempamerkan konsep telefon pintar telefon gelongsor ‘slide-phone’ terbaru.
Menurut OPPO, mereka memperkenalkan dua konsep rekaan terbaru untuk telefon gelongsor. Salah satunya adalah dengan mekanisme engsel yang membenarkan peranti boleh dilipat sehingga tiga kali. Jadi, pengguna boleh menggunakan telefon mengikut beberapa saiz pilihan. OPPO dilapor bekerjasama dengan studio pereka dari Jepun, Nendo untuk merealisasikan gambar konsep peranti ini.
OPPO turut menjelaskan bahawa konsep pertama peranti mengetengahkan saiz 40mm untuk paparan notifikasi di luar yang memaparkan log panggilan dan pemain muzik. Untuk paparan kedua, ia berukuran 80mm dan disifatkan sebagai saiz ideal untuk bermain game.
Setakat ini, rekaan peranti ini hanyalah konsep semata-mata. Namun, ia juga tidak mustahil untuk dihasilkan. Kongsikan pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: OPPO

