Site icon TechNave BM

OPPO patenkan 3 rekaan telefon yang dilengkapi skrin kecil di bahagian belakang

OPPO telah mendaftarkan tiga paten dengan Pertubuhan Hak Milik Intelek Sedunia (WIPO) untuk rekaan telefon baharu, di mana telefon-telefon ini mempunyai satu ciri yang unik iaitu sebuah skrin kecil di bahagian belakang.

Skrin ini mungkin bertujuan bagi membantu pengguna untuk mengambil swafoto menggunakan kamera utama. Paten tersebut menunjukkan tiga bentuk skrin kecil itu, di mana salah satu daripadanya mempunyai skrin berbentuk bulat manakala dua lagi mempunyai bentuk petak. Skrin kecil itu juga diletakkan hampir dengan modul kamera.

Besar kemungkinan, rekaan ini tidak akan diperkenalkan dalam siri OPPO Find X yang seterusnya. Skrin kecil di bahagian belakang ini adalah serupa seperti Mi 11 Ultra yang mempunyai skrin berukuran 1.1 inci di sebelah modul kamera utamanya.

Laman media dari Belanda, Let’s Go Digital, telah menghasilkan imej janaan 3D berdasarkan rekaan paten tersebut.

Perlu diingati bahawa meskipun OPPO sudah mempatenkan rekaan ini, tidak bermakna mereka akan menghasilkannya secara komersial. Pendaftaran paten mungkin bermakna bahawa mereka sekadar berminat dengan konsep ini dan mungkin akan menggunakannya pada masa hadapan.

Kongsi pendapat anda tentang rekaan ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version